26 November, 2018

2 Penyeludup Kepiting Indonesia Ditangkap Polisi Malaysia

TAWAU BERSAMA JABATAN PERIKANAN TAHAN 2 JURAGAN TEMPATAN DISYAKI CUBA SELUDUP KETAM HIDUP DARI NEGARA JIRAN

TAWAU (25 Nov) - Pasukan Polis Marin dengan kerjasama Jabatan Perikanan di sini ketika melaksanakan op Inter agensi telah menahan 2 juragan tempatan kerana disyaki menyeludup masu hasil laut  bernilai lebih RM  41,340.00 yang di syaki diseludup dari negara jiran.

Kedua-dua suspek berumur 38 tahun - 52 tahun yang menaiki dua bot jenis jongkong secara berasingan ditahan ketika cuba membawa masuk 158 kotak ketam hidup di kawasan laut dan di jeti Syarikat Haiki, batu 3 kira-kira pukul 5.30 pagi - 5.40 pagi pada sabtu.

Kedua-dua suspek ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen daripada Jabatan Perikanan untuk membawa masuk barang-barang daripada negara Jiran Indonesia.

Turut dirampas 2 buah bot bersama jongkong 3  unit enjin sangkut 40 hp dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 91,340.00.
Kesemua tahanan dan barang rampasan telah dibawa ke pangkalan polis marin Tawau untu diproses lebih lanjut.

Sumber : Wira Hadi Santoso Nunukan Prop. Kalimantan Utara


 
Cari Kos Kosan di Kota Kendari ini tempat 
 
Menerima pesanan Kanopi, Pagar Besi, Jendela
 dengan Harga Murah dengan Sistim Panggilan.
 
 
Miliki Kavling tanah di Pusat Pemerintahan Kabupaten Bima di GRIYA GODO PERMAI BIMA

 

Tidak ada komentar: