18 Agustus, 2020

Nelayan Vietnam ditembak kerana menyerang anggota Maritim Malaysia

 

PASIR PUTEH: Nelayan Vietnam yang bertindak menceroboh perairan negara hingga seorang daripada mereka mati ditembak, menyerang hendap anggota pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata bot Penyelamat 7 yang membuat operasi Ops Kuda Laut diserang dua bot dinaiki 19 awak-awak termasuk dua tekong bot.

Beliau berkata, kebiasaannya bot nelayan asing terutamanya bot Vietnam, akan melarikan diri sebaik ternampak bot Maritim Malaysia, namun dua bot berkenaan bertindak sebaliknya apabila hanya membiarkan bot Maritim Malaysia menghampiri bot mereka.

Katanya, sebaik bot mereka berada dekat dengan kedua bot, nelayan Vietnam itu bertindak membaling botol berisi petrol dan diesel ke arah pegawai dan anggota serta bot pasukan keselamatan.

"Selepas membaling botol berisi minyak gas itu, mereka membaling getah yang dinyalakan api dengan niat mahu membakar bot kami, selain turut mencampak alatan keras seperti besi dan kayu.

"Melihat situasi mengancam nyawa, anggota kami melepaskan beberapa das tembakan ke udara, namun mereka masih bertindak ganas dan tembakan dihalakan ke kapal.

"Namun berlaku kejadian tidak diingini apabila serpihan tembakan amaran itu terkena salah seorang krew nelayan asing itu," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Perairan Tok Bali, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu dipercayai bertindak menyerang bot APMM, disyaki kerana beranggapan saiz mereka yang dua kali ganda mampu menumpaskan bot Maritim Malaysia.

Bagaimanapun katanya, tindakan mereka gagal apabila kecekapan anggota pasukan keselamatan berjaya menangkis serangan mereka dan pihaknya terpaksa mengejar bot berkenaan selama satu jam.

"Sebaik rakan mereka terkena tembakan, barulah mereka menyerah kalah dan kita berjaya tangkap mereka dengan hasil tangkapan membabitkan nilai bot dan hasil laut negara yang dicuri bernilai RM2 juta membabitkan ikan, udang dan sotong," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka ditangkap pada jarak lebih kurang 81 batu nautika atau 150 kilometer daripada Muara Tok Bali.

"Kami terpaksa melepaskan tembakan bagi menjaga keselamatan nyawa anggota dan menjaga aset negara, malah tindakan ganas mereka turut menyebabkan bot mengalami kerosakan di bahagian badan bot, cermin pecah dan cubaan yang memang berniat mahu menghapuskan kami yang menjalani operasi mengekang aktiviti kecurian hasil laut negara," katanya.

Muhd Nur Syam berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua bot tidak memiliki permit menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985 dan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta kesemua mereka tidak mempunyai pengenalan diri.

Katanya, kedua bot berkenaan ditunda ke Jeti APMM Tok Bali dan tiba di jeti jam 3.45 petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda sehingga RM6 juta ke atas tekong dan RM600,000 ke atas awak-awak serta Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(1)(c) yang membawa denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya serta boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan.

APMM juga akan menyiasat dan menuduh awak-awak di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Tangkapan itu menjadikan tangkapan ke 30 dan 31 operasi Ops Kuda Laut bagi mengekang jenayah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.

Terdahulu,seorang krew kapal nelayan asing warga Vietnam berusia 30an meninggal dunia apabila terkena tembakan ketika operasi Ops Kuda Laut.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan:

  • Nelayan Vietnam maut terkena tembakan anggota APMM
  • Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
    Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
     
     
     



    Topi Pegawai BKIPM


    Cuma 75 Ribu  

    Berminat Hub 081342791003 



    Pegawai Pelabuhan Perikanan



     
    Cari Kos Kosan di Kota Kendari ini tempatnya

     

    Berminat Hub 081342791003 
      Menyediakan Batik Motif IKan
    Untuk Melihat Klik
    Yang Berminat Hub 081342791003



    Miliki Kavling tanah di Pusat Pemerintahan Kabupaten Bima di 




    Investasi Kavling Tanah Perumahan di Griya Godo Permai yang merupakan Daerah Pengembangan Ibu Kota Kabupaten Bima Nusa Tenggara Barat. Jarak hanya + 1 Kilo meter dari Kantor Bupati Kab. Bima dan dari jalan utama hanya + 500 Meter.



    Berminat Hub 081342791003
     
     

    Tidak ada komentar: